thanks

Thursday, December 16, 2010

Sekadar kongsI


Salam jumaat ..
kali ini just nak kongsi doa nie..
Forward dari email aku terima dari IERA ....
doa harian ibu mengandung...
marilah kongsi sama2 ..

Ya Allah,

peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,

rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu.

Ya Allah,

keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,

panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam



Aminnnn......





psst : sekejap jew kandungan ku dah masuk 7 bulan..

*pic:credit google*










3 comments:

  1. moga kamoo sentiasa sihat ya.

    owh baby juga. :)

    ReplyDelete
  2. Rajin2 gak baca quran. Tengok gambar org cantik2..INSYALLAH turns baik jadinya.

    ReplyDelete
  3. mmm... akak kena simpan dulu la doa ni... ;p

    ReplyDelete

sayang korang yang komen kat sini :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails