thanks

Tuesday, June 29, 2010

Renungkan2..

Salam..
Pagi2 ku nak berkongsi ngn korang.Terima dari email.
So sama2 kita renungkan ye...

Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!. Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang." Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang." Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini. SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.


Waallahuallam..

13 comments:

  1. terima kasih akak utk info bermakna ni

    ReplyDelete
  2. sebenarnya akak pun ada pernah dengar orang cakap jer,..tentang ni, tapi tak pernah baca, nasib baik ada blog Intan..boleh la buat confirmation..

    Thanks Intan for sharing, sangat berguna..

    ReplyDelete
  3. hazzy : yg baik kita sama2 kongsi kan ..

    ReplyDelete
  4. azmiezas: intan pun baru dpt tau sis...
    sama2 kita kongsi ..

    ReplyDelete
  5. a'a kan.. sy nie kadang sebut solat.. kdg sebut sembahyang pd hal solat tu lebih ringkas dan senang nak sebut.. kena sebut terus je lapasni kan!

    thanks 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  6. thanks 4 da info ;)
    dunia skrang byk yg mngelirukan..

    ReplyDelete
  7. ena : betul tu ... kena biasa kan sebut solat lah slps nie.. :)

    ReplyDelete
  8. sgt bagus info ni..tq dear...bukan pe kita kdg2 buat ssuatu tnpa kita sedari :(

    ReplyDelete

sayang korang yang komen kat sini :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails