thanks

Saturday, January 29, 2011

ala2 i-city

Banyaknya yang aku nak kongsi cerita kat sini sebenarnya.Tapi ye lah kan , asyik tertangguh je.Tak tahu lah ape yg membuatkan mood aku utk berblogging semenjak dua menjak tiga menjak ni , tak muncul2 tiba.Mungkin kah faktor pembawakan budak yg menyebabkan aku jadi begini .?! ermmm . mungkin jugak kan .. Ape2 pun diharap sahabat2 ku dimana jua berada , semuanya sihat2 ok .


Sempena sambutan Hari keputraan Sultan Kedah baru2 ni , (dah beberapa minggu yg lepas ok )
Suasana kat alor setar agak lain la sikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum2 ini.
Terutamanya pada malam hari. Sangat lah meriahnya dengan lampu2 jalan yang terang benderang .
So tak mahu ketinggalan , aku pun keluar jugak la jalan2 pada malam hari minggu.
Tak pernahnya nak keluar malam2 kalau hari biasa ye .. Biasanya aku dan anak2 pukul 10.00 dah beradu atas katil ok.Haha.

Tak dpt pegi i-city la takpe la kan , kat sini pun dah ala2 i-city pun kan ...jom layan gambar yg tak seberapa nie.Ye la kan pakai camera cap ayam ja pung. Heehee




So meriah jugak la bandaraya Alor Setar sempena hari keputeraan Sultan Kedah ni.Lampu mengermerlapan sini sana.Tambah2 kat Istana Anak Bukit,lagi cantik tau.Gambar tak save pulak kat laptop nie.Tapi dah ku upload kat Facebook sane ..Rajin2 la terjah ye ..
heheeee.

Ok cukup dulu setakat nie kot.Nak pegi masak lunch..Jom sape nk tolong aku kat dapur....heeeeee.

Sekian.

Psst: rasa mcm sunyi je .. ntah kenapa ... huhu

8 comments:

  1. Sekarang ni dah banyak betul lampu iCity ni..

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh meriah tuuuu sambutannya!!!sihat intan!!

    ReplyDelete
  3. Ha'ah laa.. dah macam ala2 I-City dah... nicee... :D

    ReplyDelete
  4. alaaa aku je ke yg x g i-city lg nih...huuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Caya la kat alor star pun ada i-city...dah lama tak pegi alor star waktu malam...dulu2 balik rumah arwah nenek kat alor star mesti keluar jalan2 tengok lampu waktu malam :-)

    ReplyDelete

sayang korang yang komen kat sini :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails