thanks

Tuesday, April 27, 2010

BiLa dah sakit.....

Hari ahad lepas,mr hubby ada belikan durian utk kami ..
Itu pun atas permintaan anak ku yg sulung,Cik Along..
Ntah ape mimpi tetiba je minta Abie nya belikan..
So after kerja mr hubby pun beli lah dua biji durian.. Cukup la sekadar dua biji, kami berempat je nk makan.
Sebab buahnya sebiji pun dah agak besar...Ulasnya pun besar2 .. sedap...
Cik Along mmg pulun makan, dah mmg paberet dia pun..
Cik Lily hanya makan setakat dua ulas je ...


LEpas mkn durian tu, Cik Along minta aku bancuhkan dia nestum...
Aku cakap tak boleh ...
iye lah kan , setahu aku la , durian dengan susu mmg berlawan..kiranya macam pantang lah..
So aku tak nak kasi la dia minum nestum tu.. puas ku terangkan sebab2, pun tak berjaya ..
Dia tetap dengan pendiriannya nak minum nestum tu..
At last , terpaksa la ku bancuh jugak nestum tu kat dia...daripada tak tahan mendengar jeritan2 yg agak memecahkan gegendang telingaku ini...
Dan harus lah ku bancuh sekali utk cik Lilly juga kan.. dah tau, kalau aku bancuh satu je mesti dia pun minta juga ...



Hari isnin tengahari mr hubby call aku kat ofis ..
Katanya Cik Along cirit birit kat scul..
Adehhh... terus toing! kat fikiranku mesti pasal durian semalam ....
Cikgu terpaksa tukar baju dia laa...
habis panties dan unifom basah kena tuutttttttt ....
Hukhukkk .
anak dara ku sorang tu...

Rupanya bila time mr hubby hantar cik Along dari sekolah kat rumah nenek , baru tau yg Cik Lily juga tercirit birit..
MMg sah lah penangan durian dengan nestum tu ..


Aku belek2 juga la info kenapa terjadinya cirit birit ni...
sekadar berkongsi...

1:Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan, makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit

2:Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti
disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini, badan
menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam usus.
Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila laktosa
tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit.


3:Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan cirit-birit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera...

Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanak-kanak dan mereka perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.



So aku amik keputusan utk bawa diorg ke klinik..
Sebab dah nampak lesu sgt muka diorg..kesian..
Tapi alhamdulillah ,kat rumah diorg tak de dah cirit .. cuma ade sekali je cik along ke toilet.

Pada malamnye pulak, Mr hubby diserang demam panas ....
Sejuk seluruh tubuh badan katanya.. tapi diluar badan berhaba ....
Siap suruh aku sarungkan stokin lagi, tak tahan sejuk....
Kesian ku tengok...

Anak2 pun dah tido time tu...
sayu je ku tengok ketiga2 muka kesygan ku dalam keadaan yg tak sihat...
huhuuuk.
Mudah2an anak2 serta suami ku sihat lah selepas ini..
Tak sanggup ku lihat wajah suram mereka ....



(pic:credit to cik google)

4 comments:

  1. alahai ciannyer....nsb bek u x skt skali ek...hurmmm smoga ksyngan u cpt smbuh..amin

    ReplyDelete
  2. mrs ecam: itu lah sis, nasib i pun ok je...
    huhuu

    ReplyDelete
  3. kesiannyer...

    penat tu biler kene CB tu..

    ReplyDelete
  4. Ena: mmg pun.. tgk muka diorg lesu dah...

    ReplyDelete

sayang korang yang komen kat sini :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails